Friday, June 19, 2009

mEnaNTi SebUaH JaWabAn

aku masih disini..mencari dan menanti,
hmm.sahabat2 semua sudah pergi,
pergi mengejar cita di hati,sedangkan aku?
masih tinggal disini..meniti hari,mengira detik yang berlalu
arrgghh,..terkadang aku sendiri terasa bagai ingin lari
lari dari dunia yang seperti ini..
kenapa aku tidak diberi peluang?adakah aku hanya perlu menjadi seperti,
lembu dicucuk hidungnya?
mengikut kemana sahaja dibawa tuannya?
perlukah aku berdiam diri?turutkan sahaja kehendak mereka?korbankan cita dihati kecil ini?
aku sendiri bagai tersepit di muka pintu
bak kata pepatah'diluah mati mak,ditelan mati bapak'
tapi aku sendiri,tiada tempat bergantung harap
tiada pendengar gelora hati ini...sehingga kini masih tiada jawaban bagi masa depanku
tiada keputusan terancang mahupun tidak terancang..aku berdebar membilang waktu
menanti ,masih adakah harapan untuk aku terus mendaki?gunung impian yang aku idamkan..
mungkin sebegini ceritera dongeng hidupku.harus ditarik kemana-mana..
tidak boleh berpijak di bumi nyata.tidak boleh berpaut di dahan kegembiraan.tidak boleh menginjak tanah di gunung impian,,tiada guna lagi aku bertangisan,,melayan duka yang berpanjangan,,lara yang tiada ketepian
masihkah ada sekelumit belas kasihan dihati manusia
yang masih ingin aku menggapai awan
awn harapan yang tinggi terawangan..atau aku hanya perlu bersandar di balik tirai penipuan?pembohongan?persetankan semua itu!tak ku mampu lagi rasanya bertahan..kalian sahabatku ditengah gunung impian
doakanlah aku ,supaya dapat aku melepaskan sengsara ini.lari serta turut bersama kalian menyusuri jalan ke gunung impian,..........

No comments:

Post a Comment